Saturday, 17 August 2013
majlis silang budaya kmpp
Thursday, 7 February 2013
CARA NAK PUTIHKAN MUKA CARA TRADISIONAL
Assallammualaikum..
Hari ni i nak kongsi sikit satu cara yang i dapat daripada kawan i
Rasanya ramai yang sibuk untuk putihkan kulit muka,terutamanye bagi mereka2 yang selalu berjemur.. (termasuk i) hehe.. i rase cara ni sedikit sebanyak dapat membantu putihkan muka..gudluck k!
ok2,sebelum i melalut lebih banyak,i nak terangkan cara caranye.. :D
1. bersihkan muka daripada sebarang make up dengan air masak.. (air masak sangat sesuai untuk membasuh muka kerana kandungan bakteria didalamnya sudah berkurang dan ia bebas drpd klorin)
2.keringkan muka dengan tuala yg bersih dan pastikan muka bebas dari air
3.ratakan air BERAS di muka dan biarkan ia kering sendiri.
4 setelah yakin kering,cuci kembali dengan air masak..
eh! sekejap! i belum bagitahu cara nak buat air beras,jgn salah sangka ye.. haha, air beras ni tak boleh digunakan jika anda masak nasi dengan menggunakan periuk nasi.. ia mestila dengan cara masak nasi secara manual.. tak faham?? haha.. takpe i terangkan k..
1.sediakan beras di dalam periuk dan letakkan air sekali dengan beras tersebut
2.kemudian letakkan periuk tersebut di atas dapur gas, nyalakan api dapur dan tutupkan ia
3.tunggu lebih kurang 10 ke 15 minit dan padamkan api sebentar,ambil air beras tersebut dan biarkan ia sejuk..
faham tak?? mugkin anda tak berapa percaya dengan cara ni.. tapi mengikut pengetahuan i Beras mempunyai banyak khasiat. Beras adalah sumber yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti niacin, vitamin D, calcium, fibre, iron, thiamine dan riboflavin. Selain itu beras kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol, lemak tepu yang boleh memudaratkan kita dan rendah kandungan sodium. Ia bagus dimakan bagi semua peringkat umur dan golongan manusia.
Khasiat beras bukan sahaja boleh dinikmati dengan hanya memakannya, malahan ramai orang yang percaya bahawa ia juga bagus untuk penjagaan kulit samada dari segi rawatan penjagaan kulit muka mahupun kulit badan atau tubuh.
Ia telah pun digunakan di dalam rawatan penjagaan kulit oleh nenek moyang kita berabad lamanya. Dipakai terus dari generasi ke generasi sehingga sekarang. Contohnya, seperti penggunaan bedak sejuk untuk mendapatkan kulit yang lebih licin, gebu, halus, mulus, putih berseri tanpa cela dan lain-lain. Bukan setakat itu, beras yang ditumbuk dan di campur air dikatakan dapat menghilangkan daki di badan serta menjadikan kulit badan lebih putih.
Malahan kajian demi kajian telah dilakukan ke atas beras mengenai keberkesanannya di dalam perawatan pelbagai masalah kulit. Di India, bagi pengamal ayurvedic, mereka mengatakan bahawa air beras mampu menyejukkan kulit yang terbakar.
Apa yang lebih bagus tentang beras ialah ianya bebas daripada parabens, mineral oils, lemak binatang, phenyol alcohol, synthetic colorants, formol ataupun formaldehyde, phenoxyethanol, silicone, triclosan, BHA dan BHT.
Subscribe to:
Posts (Atom)